Sunday, 14 July 2019

Tips keluarkan susu badan tanpa melahirkan anak, anak angkat

Keluar Susu Badan tanpa melahirkan Anak, Pengalaman Aku untuk Afeef.

Mungkin ramai yang tak tahu macam mana untuk mengeluarkan susu badan tanpa melahirkan anak atau ayat yang mudah ‘nak susukan anak angkat tanpa pernah bersalin’.

Jangan risau. Aku ada tips penuh untuk ibu-ibu diluar sana yang tercari-cari macam mana nak keluarkan susu badan tanpa melahirkan anak.

Here we go!!

Firstly, barang yang wajib ada adalah:
1. Motillium 10mg 
2. Breast Pump
3. Milk Booster (Option untuk korang tapi aku pakai. Sebabnya aku tulis kat bawah nanti)

Cara Penggunaan:
1. Motillium
- 2biji/4kali sehari
Aku makan konsisten  setiap 6 jam sekali. Pukul 6am, 12pm, 6pm, 12am

2. Milk Booster (Mamom dengan yang lain aku rasa sama je bahannya).
- 2biji/2kali sehari

Korang makan start hari Ketiga tau! Aku rasa menyesal tak makan pil ni awal-awal, kalau tak, dah 5kali kenyang  Si Afeef ni. Aku baru beli hari ke 12. Terpaksa gigih pump lagi. Nipples aku sakit n luka-luka disebabkan pressure pump tu. Mau tak luka, hari-hari aku pump tanpa bantuan Milk Booster. Memang la sakit.

3. Breast Pump


Pengalaman Proses Keluarkan susu Badan:

Since tajuk aku pasal proses keluarkan susu, aku hold dulu cerita macam mana aku boleh dapat Afeef sebagai anak angkat.
Lepas je dapat Afeef, aku dah mula plan nak keluarkan susu badan. Pelbagai maklumat aku cari, memang tak ada satu pon blog yang tulis secara detail macam mana proses dia. Jadi, aku kena jadi “Mat Tau” dengan kumpul dan analisis semua maklumat yang ada dan Tadaaaaa! So, aku try belajar dari orang yang berpengalaman dan dapat nasihat daripada kawan suami aku yang bekerja sebagai Doc bidang ni. Alkisahnya, aku terpanggil untuk share macam mana proses keluarkan/merangsang susu. 

Keesokkan harinya, suami aku tolong pergi belikan Motillium 5 papan. Aku start makan, malangnya tak konsisten telan ubat. Pastu, kejap pump, kejap tak. Totally tak jadi! Burn duit kami. Harga Motillium tu RM8.50/papan kat Caring. Bagi aku agak mahal la, sebabnya consume ubat tak konsisten and of course lah merugikan duit je. Aku pon tak sure sebab apa yang aku tak konsisten waktu tu, mungkin banyak sangat program yang aku kena attend kut.

Tapi yang pastinya, Afeef memang merap waktu malam. Jadinya, aku tak cukup tidur. Aku tak pandai urus masa lagi waktu tu. Nak buat apa pon tak sempat. Aku nak kemas rumah lagi, nak basuh baju, lipat baju, nak layan Afeef, nak pump lagi, main SocMed lagi (hehehe).  Done first experiment yang tak jadi!.

Aku rasa macam down dah sikit. Yelah kannn, kita mesti nak anak kita minum susu dari badan untuk halalkan dia bersama kita bila dah besar nanti. Aurat ni susah sikit kalau tak usaha dari sekarang. Waktu tu aku pikir pikir pikir, pikir nakg jumpa specialist ja. Tapi dok ingat, duit melayang pulak. 

Second time, aku decided nak try lagi sekali. Aku minta husband beli Motillium 10 papan kat Caring jugak.

 Keesokkannya, aku start makan pukul 6am  (2 biji) waktu perut kosong (aku sejenis malas nak makan sebab malas masak). Pastu makan ubat 12pm (2biji) , 6pm (2biji) and 12am (2biji). Orang kata, hari ke3 baru start pump tapi aku pump start dari makan ubat hari first.

Ni jadual Pump aku.  Aku pump terus waktu first makan Motillium:

- Pukul 6am -7am (30min/each breast) 
- Pukul 10am -11am (30min/each breast) 
- Pukul 1pm -2pm (30min/each breast) 
- Pukul 4pm -5pm (30min/each breast) 
- Pukul 7pm -8pm (30min/each breast) 
- Pukul 11pm -12am (30min/each breast) 
- Pukul 2am -3am (30min/each breast) 

Masuk hari ke3, aku terkejut sebab Nampak titik susu on my nipple. Aku  seronok sangat  sebab Nampak progress gitewww. Aku keep pumping sampai la aku dapat simpan susu sikit demi sedikit. Tak banyak pon sebenarnya. Disebabkan aku gigih simpan, boleh la buat Afeef kenyang 3kali. 
Aku ada refer jugak ustaz-ustaz, diorang cakap, at least susu yang diberi tu sampai ke dalam perut dia dan dia sendawa tanda kenyang. So I dah selesai bagi Afeef 3kali kenyang.  Aku bagi 1oz je setiap kali menyusu, padan la dengan umur dan susu yang aku keluarkan. Gigih tau aku usaha. Ingat senang nak keluarkan susu banyak tu. Nipples aku sampai berdarah. Sakit hanya Allah ja tau. 
Nak simpan banyak tu pon ambil masa 10 hari. Aku dah tak tahan nak menahan sakit nipples, aku decide to stop pumping. Padahal aku dah start makan pil Milk Booster (Mamom). Pil tu menjadi, badan kita rembes susu lebih pekat dan banyak. Effect pil tu ke atas badan dalam masa 24jam. Korang akan rasa breast banyak susu dan firm.

Kes tak tahan sakit, aku stop jelah. Aku tak nak paksa breast and nipples untuk keluarkan susu. Aku dah surrender. Tambahan pulak, aku ni memang manja. Aku tak boleh rasa sakit sikit, memang akan mengada-ngada. Over!! Hahaha.
Alhamdulillah la si suami aku memahami. Dia pon suruh aku stop pumping. Rehat dulu. Legakan breast dari sakit. Kalau dah bersedia, dia akan pergi beli Motillium.
Pasal Mamom(Milk Booster) tu, ada ja orang yang consume sampaikan sekali pump dapat 5oz. Pengalaman 5oz ni banyak terjadi kat ibu-ibu angkat yang consume secara berterusan. For myself, masih belum sampai tahap macam tu. Aku give up awal since luka-luka kat tempat sensitive kannnn.

To mom-mom outside yang situasi macam aku, sila lah berusaha gigih. Ikut  peraturan pengambilan ubat, pump dan sebagainya untuk mendapat kesan yang lebih baik. Aku akan gigih next try. Nanti aku share untuk next punya k.
Selesai ceritanya.

Nak tengok lebih lanjut daily rutin semuanya, mmg aku up kat IG jer. Sebab mudah bagi aku yamg sibuk ni.

Instagram :
csr_hani